Friday, July 31, 2009

Di mana Hati Rakyat Menujui?

Lidah Pengarang Nanyang: Di mana Hati Rakyat Menujui?


Pemerintah telah melepaskan mereka yg ditahan di bawah Akta ISA,walaupun Menteri Dlm Negeri Hisammuddin mengatakan tiada niat politik, tapi nampaknya sudah ada rasa tunduk kpd realiti politik
Kalau bukan YB Mahanoran yg ingin kosongkan kawasan DUNnya agar pengundi dan pemilih DUN Kota Alam Shah memilih seorg yg boleh berkhidmat? Kalau bukan tak nak menjadi YB yang hanya ada nama tapi tak dapat berkhidmat, mungkinkah pemerintah membuat keputusan?
• Apakah sebabnya mungkin tiada jawapan?
• Yang pasti tiada pilihan raya kecil yg ke-7 selepas pilihan raya umum pada 308—mungkin Anwar akan berkecewa
• YB Mahanoran ingin meletak jawatan telah membawa satu babak happy ending dan keluarga bersama pada seisi keluarga YB Mahanoran
• Penangkapan dan penahanan 5 org pemimpin Hindraf bukanlah satu perkara yg baik bagi BN
• Mereka adalah intelek yg menuntut keadilan dan kesaksamaan utk org Hindu, dan bukanlah pengganas atau teroris yg menggunakan pesawat melanggar bangunan Parlimen, mungkin kata-kata ada sedikit keterlaluan, bolehlah dinasihat dan diberi tunjukan, kalau ada bukti kukuh dakwalah mereka di mahkamah. Janganlah gunakan akta yg buruk menahan dan membelenggu mereka
• Isu hindraf menyebabkan BN kalah teruk dlm pilihan raya umum ke-12, BN tahu dgn betul—lihat semasa Mahanoran masih dibelenggu dgn Akta ISA, dia masih dipilih oleh pengundi
• Akta ISA belum lagi digubal atau digugurkan, pihak pemerintah yg gunakan Akta buruk ini haruslah berhati dan memikir masak-masak kerana penahanan mereka yg sudah beristeri-anak harsu ditimbang—samada mesti gunakan akta ini? Adakah ini keterlaluan atau ekstrim aksinya?
• PM Najib dlm blognya mengatakan kalau pemerintah bersalah harus mengakuinya—jikalau pemerintah telah membuat kesalahan, pengakuan ikhlas akan diketahui rakyat
• Hari pertama Najib menyandang PM sudah melepaskan sekumpulan tahanan Akta ISA, termasuk 2 org dari Hindraf, kini lepaskan tahanan Hindraf yg lain adalah menghantar satu mesej bhw pemerintah barunya akan membetulkan kesalahan yg sudah lama dilakukan dan tak kira ini kait dgn air muka atau maruah & prestasi?
• Hak asasi rakyat harus dilindungi, rakyat tahu dan mahu hak mereka. Di nusa dan masyarakat yg menghormati hak asasi perseorangan/individu dan hak perundangannya—tak kira bersalah atau tidak, harus ada hak dan peluang membela yang asasi! Ini juga prosedur penghakiman adil yang paling asasi dan harus ditunjangkan.
• Mahu mendapat sokongan, langkah pertama ialah mengetahui manakah kehendak dan hati kemahuan rakyat, paling tidak Tanya-menanyalah kenapa rakyat amat benci dan membantah akta-akta tertentu. Aksi-aksi Najib membayangkan beliau peka atas keburukan dan kebencian rakyat umum. Polisi prihatin baru dilancar dan dipraktikkan, harap-harap dan mudah-mudahan ia hanya satu permulaan, membawa sinar harapan dan sinar naluri rakyat.

No comments:

Post a Comment