Friday, July 31, 2009

Rakyat Menerima Politik Multibangsa atau Multiras

Rakyat Menerima Politik Multibangsa atau Multiras
Laporan The China Press:09/04/2009

Komentator Dr Xie Shi Jian semasa diwawancara menyatakan pilihan kecil baru-baru ini menunjukkan rakyat dan pengundi di Semenanjung sudah menerima politi berhaluan multibangsa atau multiras dan tidak lagi dikongkong oleh parti pemerintah.

• Ini harus menjadi satu hal yang harus difikir masak-masak oleh PM Baru
• Beliau juga melawat kawasan pilihan kecil dan mendapati PAS, DAP yang sebelum itu bermusuhan dan tak mesra, kini sudah bermesra dan menjalin persahabatan, pembantu PAS mengambil bendera DAP, malah pembantu DAP memakai baju-T PAS dan jaket Keadilan. Orang tionghua juga mengambil bendera PAS tanpa was-was. Sekumpulan pemuda yang dari tri bangsa juga bergaul baik dalam Pakatan Rakyat. Fenomena baru ialah orang Melayu tidak menghindari lokasi ceramah yang di adakan di Tokong, kuil, satu perubahan amat besar dan orang Tionghua bermesra dengan PAS membawa makna baru dan babak yang menggalakkan.
• Perubahan pemikiran dan minda pengundi, tak kira secara psikologi atau fikiran, memaparkan keinginan dan kesukarelaan rakyat bergaul dan bekerjasama--satu haluan baru dan membawa sinaran harapan baru kepada nusa ini.
• Efek Najib tak sempat dipaparkan walaupun beliau melaungkan visi One Malaysia
• Jangan melakukan kesalahan seperti kedua-dua PM yang lalu--jangan mencontohi keangkuhan dan kekerasan Mahathir, jangan pula seperti Abdullah yang tunggu dan melihat--wait and see dan kemudian sudah sesat di tengah jalan.
• Polisi Tun Razak yang menjalan haluan pertengahan, mengikut hasrat rakyat dan menemteramkan hati rakyat adalah dikagumkan, mungkin Najib boleh mencontohi jejak langkah ayahandanya.

No comments:

Post a Comment