Friday, July 31, 2009

Menunggu Yap Sin Tian Kembali Ke Malaysia

Menunggu Yap Sin Tian Kembali Ke Malaysia
Dijangka Bertemu dengan Muhyiddin Pada 20 Mei
(Laporan Akhbar Sin Chew;09-05-2009)
(Kuala Lumpur) Menurut dari sumber, oleh kerana Pengerusi Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malasyia(Dong Zong) Dr Yap Sin Tian akan memimpini satu rombongan melawat sambil belajar pendidikan ke RRC, maka tujuh pertubuhan Tionghua akan menunggu dia kembali, iaitu mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan selepas 20 Mei .
Tujuh pertubuhan Tionghua telah menulis surat kepada Muhyiddin agar menyampaikan pandangan mereka berkenaan memulihkan penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran SJK Cina.
Ketujuh-tujuh pertubuhan ialah: Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malasyia(Dong Zong) ,Gabungan Persatuan Guru-guru sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong),,Jawatankuasa Penyelenggara Tujuh Pertubuhan Dialek, Persekutuan Alumni-alumni, Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia dan Nanyang University Alumni Association Of Malaya.
Menurut sumber, Muhyiddin telah mengetahui berita yang mengatakan tujuh pertubuhan ingin bertemu dengan beliau, maka sebelum surat berkenaan tiba, beliau sudah meminta setiausaha sulit kanannya berhubung dengan mereka, di samping meminta tujuh pertubuhan tersebut menyediakan dokumen yang sewajarnya agar pertemuan diadakan pada masa yang tersingkat.
Yap Sin Tin semasa menerima wawancara dari Akhbar Sin Chew memberitahu bahawa Menteri Pendidikan Muhyiddin sudah bersetuju bertemu dgn wakil tujuh pertubuhan.
Ini juga merupakan kali pertama Dong Jiao Zong bertemu dgn menteri Pendidikan secara rasmi. Sebelum itu,Dong Jiao zong berharap mengadakan pertemuan dgn Menteri pendidikan Hishamuddin tetapi gagal ditunaikan
Dong zong: Gembira Melihat Reaksi Menteri Yang Pantas & Amat Bermakna
Menurut Yap, Dong Jiao zong sudah menghantar surat berkenaan kepada Muhyiddin pada tengah hari Jumaat, 8 Mei, berharap Timbalan Perdana Menteri boleh menentukan satu masa yang sesuai.
“Kami amat gembira kerana Menteri pendidikan telah beraksi cepat dan ini amat kami menghargai. Kami harap dgn pertemuan yang akan datang boleh menyampaikan suara dan pandangan Tionghua serta menyelesaikan isu penggunaan bhs ibunda dlm subjek matematik dan sains.”
Tambahnya, tujuh pertubuhan memohon pertemuan kali ini akan menumpu perbincangan pada isu penggunaan bhs ibunda dlm subjek matematik dan sains kerana isu itu sudah ditangguh lama dan pihak pemerintah pin belem membuat apa-apa keputusan.
“Permintaan kami adalah jelas, iaitu kami inginkan penggunaan bhs ibunda dlm pengajaran subjek matematik dan sains di SJK Cina. Moga-moga pertemuan ini boleh memperolehi keputusan yang positif.”
(Laporan akhbar Sin Chew Oleh: Cik Lee Ming Feng)

No comments:

Post a Comment