Friday, July 31, 2009

UMNO--Dimanakan Arahnya?

UMNO--Dimanakan Arahnya?
Oleh: Hong Xiong Jian


Abdullah mengaku kalah dan bertanggungjawab pada pilihanraya tahun 2008, beliau membuat pengistiharan mengundur diri dan meletak jawatan PM telah menerima sambutan baik dan solakan rakyat. Tun Mahathir pun tak sangka beliau sanggup berbuat demikian.
• kelakuan dan kata-kata Tun Mahathir yang mendesak Abdullah malah keluar dari parti UMNO menjadi perhatian, yang membuat rakyat bosan dan benci ialah ungkapan dan isu-isu perkauman yang dilaungkannya.
• Beliau inginkan anaknya menjadi Ketua Pemuda dan melakukan taktik lamanya iaitu mengancam dan mengeritik Dong Jiao Zong dan berharap perwakilan boleh mengundi anaknya. Tapi dulu-dulu, sekarang sudah berubah, kewibawaannya sudah lenyap dan tiada lagi. Ini seperti beliau kalah pada pilihan di Kubang Pasu dulu.
• Kebimbangan Mahathir ialah Anwar akan menjadi PM yang akan datang. Kerana kekhuatiran dan kebimbangan yang sengit ini menjadikannya mulut murai dan sukar dipercayai lagi.
• Bagaimana Najib memimpini UMNO dan negara ini merupakan tatapan baru rakyat.
• Mahathir tidak percaya dan masih sukar menerima Barisan bisa kalah dalam pilihanraya, beliau masih suka memainkan emosi perkauman dan gunakan taktik lama yang mengugut dan mendesak lagi menggengam demokrasi. Dunia sudah berubah dan mata pun tidak boleh dikabur-kabur lagi.
• keagungan dan monopoli kuasa UMNO adalah trademark atau tanda dagang yang sudah diketahui ramai, itulah apabila Lim Kit Siang berkata UMNO ialah Monopoli Kuasa , ramai pengundi sependapat dengannya.
• Monolpoli dan kuasa yang melampau menghasilkan penyalahgunaan kuasa dan kesengsaraan. Kemunafikan UMNO sudah diketahui ramai, yang dibilang Bumiputraisme sebenarnya kroniisme, yang untung kroni dan kuncu-kuncu UMNO sahaja. Kejayaan dan kemajuan nusa hanya menjadikan segelintir anasir ahli dan kroni UMNO berkuasa dan beruntung sahaja. ketidak-puasan sudah meluap terhadap kejijikan dan kenajisan pemerintahan ini.
• kekalahan pada pilihanraya lalu jelas memaparkan kronisme jijik dan najis ini berleluasa. Kalau ingin memulih sokongan rakyat jelata maka Datuk Seri Najib perlulah mengambil tindakan keras dan kikiskan Bumiputraisme dan kroniisme. Kalau tidak, mungkin inilah penggal terakhir untuk beliau menyandang PM nusa ini.
Untuk memulih kepercayaan rakyat, beliau harus menukar dan membuang kikiskan segala polisi yang dianjurkan Tun Razak dan Mahathir yang sudah melampau dan out-dated. Inilah satu-satunya jalan melanjuitkan hayat kepimpinannya. Pembaruan yang secara keseluruhan atau total merupakan arah atau destinasinya.

No comments:

Post a Comment