Friday, July 31, 2009

Sepintas Lalu Pada Pemilihan UMNO

Sepintas Lalu Pada Pemilihan UMNO
OleH:Mokshin Abdullah(Ketua pengarang Beritasemasa NTV7 & 8TV)

Ahli majlis tertinggi UMNO yang baru dipilih telah menunjukkan keberanian mereka dalam ucapan masing-masing. Luahan dan ucapan mereka yang gagah lagi lantang ini semata-mata adalah untuk menunjukkan keghairahan dan semangat memelihara hak melayu mutlak. Yang mengesal ialah laungan gagah berani telah menyakiti bangsa lain dan menganggap mereka anasir perkauman jijik . Keestrimisan dan kelampauan yang dipaparkan AMT UMNO akan memberi kesan pada pilihan kecil yang berlangsung pada 7 April.

• UMNO baru ingin berubah, bagaimana caranya? Datuk Rais Yatim berkata, parti UMNO adalah sempurna/perfect, yang bermasalah iaiah ahlinya. Tan sri Rafidah Aziz juga berpendapat ahli harus mengkikiskan kelakuan dan sikap buruk dalam parti.
• Mahathir tidak ingin menghadiri Mesyuarat Tahunan UMNO kerana UMNO adalah kaki politik wang tetapi kemudian beliau turut hadiri mesyuarat berkenaan kerana percaya UMNO mungkin ada perubahan.
• Mereka yang menang dalam pilihan UMNO berkata kemenangan mereka adalah kerana perwakilan sudah masak dan mengetahui siapa harus dipilih manakala yang kalah membidas segala kemenangan itu berasaskan wang politik yang kotor dan manupulasi.
• Saya tidak berasa iri hati pada Najib kerana banyak hal yang sedang menunggu aksi selanjutnya.

No comments:

Post a Comment