Friday, July 31, 2009

Melatih Guru-guru Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Persendirian

Melatih Guru-guru Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Persendirian
(Akhbar The China Press:09/06/2009)
(Kuala Lumpur ) Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Kementerian pelajaran akan memberikan latihan dan kursus untuk meningkatkan mutu guru-guru Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Persendirian
Katanya, Kementerian Pleajaran akan melalui DBP untuk membekalkan latihan dan kursus berkenaan.
Muhiyydin berkata, ini juga menunjukkan kerajaan mengiktiraf sumbangan Sekolah Menengah Persendirian dalam memupuk dan melatih sumber manusia.
Belaiu membuat pengumuman berkenaan selepas merasmikan Seminar Bahasa Kebangsaan dan Masyarakat Tionghua. Yang turut menghadir seminar ini ialah Timbalan Menteri JPM Tan Sri Koh dll.
• Katanya,salah satu cara untuk memperkukuhkan perpaduan ialah melalui penggunaan bahasa Melayu
• Muhyiddin mengatakan dengan penubuhan “Tabung Perpaduan” boleh menggalak penggunaan BM dlm sekolah rendah dan menengah dan memainkan peranan menyatu-padukan semua dan sebagai asas perpaduan
• Tabung ini adalah khusus untuk menerbitkan buku-buku yang bersangkut dengan isu perpaduan
• Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyarankan agar lebih kesuasteraan Tionghua dan tamil diterbitkan dalam BM kerana ini akan menggalakkan lebih ramai memahaminya
• “Hasil Karya seperti Tun Tan Cheng Lock, Datuk Onn Jaffar, Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman bekerjasama memperolehi kemederkaan harus dijadikan filem agar lebih ramai memahami sumbangan berbilang bangsa
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Muhyiddin:Kerajaan Mengiktirafkan Sumbangan
Akan Membantu Sekolah Menengah Persendirian Melatih Guru-guru Bahasa Malaysia
(Akhbar Sin Chew:09/06/2009)
(Kuala Lumpur ) Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Kementerian pelajaran akan melalui DBP memberikan latihan dan kursus kepada guru-guru Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Persendirian agar boleh memperkasa dan meningkatkan mutu pengajaran mereka.
Katanya, ini menunjukkan kerajaan ingin memperkasakan pembelajaran dan penggunaan BM di Sekolah Menengah Persendirian di samping mengiktirafkan sumbangan Sekolah Menengah Persendirian dalam memupuk sumber manusia.
Ini merupakan kali pertama kerajaan memberikan sumbangan berkenaan.
Belaiu berkata selepas merasmikan Seminar Bahasa Kebangsaan dan Masyarakat Tionghua dan penubuhan “Tabung Perpaduan” .
Katanya tujuan penubuhan tabung ini ialah menggalak penggunaan BM di SM Persendirian, SJK Cina & SJK Tamil dan menjadikan BM sebagai bahasa perpaduan.
Beliau menambah, BM memainkan peranan penting dalam perpaduan kerana BM bukan sahaja adalah bahasa bagi kaum Melayu, malah juga bahasa pengantar bagi kaum Tionghua, India, Iban , Kadazan dll.
“BM adalah semangat kaum-kaum Negara, kami inginkan satu bahasa, satu Malaysia.”



Muhyiddin:Kerajaan Akan Membantu Sekolah Menengah Persendirian Melatih Guru-guru Bahasa Malaysia
(Akhbar Nanyang Siang Pau:09/06/2009)
(Kuala Lumpur ) Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bahawa kerajaan berterima kasih atas sumbangan Sekolah Menengah Persendirian dalam melatih sumber manusia, kerajaan akan memberikan latihan dan kursus kepada guru-guru Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Persendirian
Muhyiddin juga menteri pelajaran. Beliau membuat pengumuman berkenaan selepas merasmikan Seminar Bahasa Kebangsaan dan Masyarakat Tionghua dan tabung perpaduan.
Yang turut menghadir seminar ini ialah Timbalan Menteri JPM Tan Sri Koh dll.
Katanya, DBP akan bertanggungjawab dalam pembekalan sesiri rancangan latihan perguruan.
Tambahnya, mengalak penggunaan BM boleh memapar dan merealisasikan semangat perpaduan dalam “Satu Bahasa Satu Malaysia”.
• Dalam ucapannya, Muhyiddin berasa gembira kerana DBP boleh memperkasakan BM dengan pertubuhan Tionghua
• Beliau berharap aktiviti DBP boleh menjadikan BM sebagai bahasa perpaduan dalam SJK Cina, SJK Tamil dan SM Persendirian.
• Disamping itu Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee berketa pengiktirafan itu adalah satu penanda yang baik kepada SM Persendirian. Katanya, Kementerian akan bekerjasama erat dengan Dong Zong dan menyumbang untuk pendidikan nusa..



-------------------------------------------------------------------------------------Maksud “Zhong Yong”
Apakah itu “Zhong Yong” atau Kesederhanaan”?
Perkataan ini adalah dari Confucious yang masyhur, tapi ia menjadi pertikaian ramai kerana tafsirannya berlainan. Penafsiran yang paling objektif ialah daripada Zheng Xian, iaitu seorang Pengaji Pengajaran Lujia>
Katanya, Zhong bermaksud pertengahan, tak memesong dan menyimpang; manakala Yong ada dua maksud, pertama ialah “kegunaan”, kedua ialah “berturut-turut”. Dengan kata yang lain, ia bermaksud:” Berturut-turut menggunakan kesederhanaan”.
Pandangan dan ajaran Confucious amat penting untuk menyelesaikan kekecohan dan pertikaian, dan boleh mengelakkan banyak perpecahan dan kekecohan Negara.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Laporan Akhbar Nanyang Siang Pau Berkenaan “Seminar Bahasa Kebangsaan & masyarakat Tionghua”
Yang Kui Yee:Pengajaran Dengan Bahasa Inggeris Dalam Subjek Matematik dan Sains harus dimansukhkan
Pengaji BM yang terkenal En Yang Kui Yee menekankan bahawa Pengajaran Dengan Bahasa Inggeris Dalam Subjek Matematik dan Sains harus dimansukhkan kerana kanak-kanak seharusnya membelajar dengan bahasa ibundanya
Katanya , dia telah mengkaji bahasa selama 50 tahun dan berpendapat bahawa kalau ingin menguasai bahasa Inggeris haruslah melalui subjek Bahasa Inggeris
Katanya lagi, yang penting biar kanak-kanak memahami dan menguasa pengetahuan Matematik dan Sains terlebih dahulu.
Beliau menegaskan bahawa, masyarakat Tionghua tidak pernah melalai atau menjadikan bahasa Malaysia diabaikan, malah masyarakat Tionghua juga mengiktiraf Bm sebagai bhs kebangsaan. Sebenarnya, sudah banyak karya BM diterjemahkan dalam Bhs Tionghua untuk dibaca murid SMP & masyarakat umum Tionghua
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Goh Hin San:Berharap DBP mengambil berat karya BM dari Penulis Tionghua
Goh berharap penerbitan majalah DBP boleh member peluang kepada karya dari penulis Tionghua, kalau boleh mengadakan kolum dan sudut khas untuk menyiarkan karya-karya penulis Tionghua.
Seorang penulis Tionghua En Wu De telah meluahkan ketidak-puasannya atas sikap DBP yang tak mengambil berat tentang karya penulis Tionghua. Katanya, karya ini kemudian dihantar kpd Kementerian Kebudayaan dan mendapat perhatian berat.
Goh juga menekankan nenek moyang kaum Tionghua sudah mengambil berat tentang bahasa Melayu, contohnya 600 tahun yang lalu, sebelum Laksamana Cheng Ho bertolak dari Negara China ke kawasan Selatan, sudah terdapat kamus penterjemahan Bhs Melayu-Tionghua. Baru-baru ini, pihak pegawai RRC, (Provinsi Tianjin) menghadiahkan senaskah kamus Melayu-Hakka kpd Menteri Pelajaran juga jelas memaparkan kaum Tionghua amat mengambil berat bahasa Melayu
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Koh Tsu Khun:Sekolah Rendah Harus Menganjar Subjek Sains & Matematik Dengan Bahasa Ibunda
Katanya, dari segi kebudayaan dan linguistik, pengajaran subjek Matematik dan Sains harus dengan Bhs ibundanya.
“Ia akan membawa kesan buruk kpd generasi muda.”
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Timbalan Pengerusi Persatuan Perdagangan & Perindustrian Tionghua KL dan Selangor Datuk David Chua juga bersetuju Pengajaran Dengan Bahasa Inggeris Dalam Subjek Matematik dan Sains harus dimansukhkan
Katanya, dari pengalaman, pengajaran subjek Matematik dan Sains harus dengan bhs ibunda.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Chew Siew Peng:Bhs Melayu Tak Dapat Mengganti Bhs Tionghua
Pensyarah bhs Melayu UM Dr Chew Siew Ping mengatakan bhs Melayu tak bias menggantikan bhs tionghua kerana nilai perdagangan bhs Tionghua yang semakin penting.
Drpd pengalaman, sudah mengetahui bhs Tionghua bernilai tinggi dan sudah diambil berat oleh sepelusuk dunia.
Katanya, kerana nilai sejagat ini, bhs Tionghua akan memainkan peranan di global dan masykt Tionghua tak bias khuatir BM akan menggantikan fungsi dan peranan bhs Tionghua.

No comments:

Post a Comment