Friday, July 31, 2009

Taktik Najib Yang Hebat

Taktik Najib Yang Hebat
Oleh:Tan Hock Seng/Ketua Pejabat Perlis & Utara Kedah Nanyang Siang Pau
14/03/2009

Pembentukan kabinet Najib yang ramah dan mesra kepada MCA & Gerakan merupakan satu tindakan yang mesra untuk masyarakat Tionghua.

• Gerakan mendapat seorang menteri adalah sudah diramalkan, tetapi MCA yang mulanya nak DPM kedua, kemudian dikata-kata akan kehilangan seorang menteri, hingga akhirnya menambah seorang timbalan menteri, menunjukkan situasi MCA yang kritis.
• Nampaknya MCA berasa lega,Najib bolehlah dikatakan bertaktik dan menjadi MCA tak berani lagi meluahkan pandangan nak DPM Kedua, tetapi memperolehi menteri yang kononnya akan dikurangkan dan sagu hati. Aksi Najib macam pukul MCA tetapi sayang padanya.
• Sebenarnya MCA harus merebut menteri kewangan atau Menteri pendidikan kerana satu kementerian yang mustahak lebih berfungsi pada DPM Kedua.
• Dalam waktu kegemilangan MCA pun tak bisa memperolehi DPM Kedua, kini sudah kalahdan merosot nak merebut jawatan tinggi sebenarnya adalah kelakar semata-mata.
• Keikhlas najib sudah jelas dipaparkan, MCA haruslah berusaha mendapat sokongan masyarakat Tionghua, dan jangan beromong-omong pada kejayaan kecil dahulu.

No comments:

Post a Comment