Friday, July 31, 2009

Pilihan Kecil Membawa Makna Dan Mesej Yang Berkekalan

Pilihan Kecil Membawa Makna Dan Mesej Yang Berkekalan
Lidah Pengarang Sin Chew:09/04/09

Barisan Nasional & Pakatan Rakyat amat mementingkan pilihan kecil dan keputusan pilihan kecil membawa maksa yang amat penting.

• Tindakan PM baru mengemukakan One Malaysia, mengkaji semula ISA, membebaskan tahanan ISA dan melawat tempat yang diduduki Tionghua, Melayu dan India tidak menambah markah dan memberikan kesan kpd pilihan kecil
• Bagi Bukit Selambau, undi majoriti PR bertambah menunjukkan rakyat berbilang bangsa berkeyakinan kepada kerajaan PAS.
• Walaupun PAS melaksanakan polisi yang berbau Islam, pengundi Tionghua & India masih ingin memberikan peluang kpd PAS.
• Bukit Gantang memaparkan karisme Nizar, pengundi pelbagai bangsa memberikan sokongan padu
• Rakyat Perak amat tak puas hati atas kehilangan kuasa Pakatan Rakyat di negeri Perak
• Nizar selaku ahli PAS yang bukan sahaja memperolehi sokongan Melayu, malah Tionghua dan India menyokongnya tanpa was was.
• Negara Islam yang dimainkan BN,khususnya MCA sudah tak berkesan langsung
• BN walaupun mendapat kuasa di Perak dan ingin bermesra dengan rakyat masih tak dapat hati rakyat Perak
• Pembebasan ahli Hindraf yang ditahan masih tidak dapat melegakan masyarakat India
• Pengundi tak lagi mudah dipedaya oleh pemimpin, mereka tetap berpegang pada pendirian politiknya
• BN yang mengalami kegagalan dalam 08 Mac, masih degil dan tak mahu berubah lagi
• PR walaupun menghadapi sedikit kekecohan dalaman tapi masih tak mempengaruhi keyakinan pengundi terhadapnya
• Yang penting rakyat inginkan mutu politik, khidmat ikhlas dan jangan memungkirkan janji

No comments:

Post a Comment