Friday, July 31, 2009

Kekuncinya ialah “Pemerintahan Baru”

Kekuncinya ialah “Pemerintahan Baru”
Lim Meng Hua (Pengarang Eksekutif Akhbar Sin Chew):06/04/09

Sebelum menyandang PM, Najib melawat akhbar Sin Chew. Pada hari pertama selaku PM, 13 orang dilepas dari tahanan ISA dan larangan percetakan akhbar Harakah & Suara keadilan di tarik balik. Pada hari kedua, melawat Jalan Petaling dan lokasi-lokasi yang melambangkan 3 bangsa terbesar.
• Tidak dapat dinafikan perbuatan Najib ada efeknya dan menerima sambutan baik.
• Kononnya Kumpulan strategiknya sudah mengadakan “pelan reformasi seratus hari”.
• Rakyat diutamakan telah menerima sambutan tetapi rakyat inginkan lebih aksi yang lebih efektif.
• Berbanding dengan Tun Mahathir, ia mungkin kurang garang dan kuat, berbanding dengan Tun Abdullah, nampaknya pun kurang selembutnya. Bolehkah era najib membawa lebaran sejarah baru?
• “Bersih, Cekap dan Amanah” yang dilaungkan Tun Mahathir sudah menjadi “Korup/rasuah, kurang efektif dan tak boleh dipercayai langsung”; laungan Tun Abdullah”bekerja bersama saya, bukan untuk saya’ pernah menarik perhatian dan sambutan tetapi kerana penolakan UMNO, ia gagal sama sekali.
• Kalau Najib ingin mengelakkan kekandasan seperti PM yang lalu, beliau harus menolak belenggu hak keistimewaan UMNO dan pengaruh kroni yang berfaedah. Hanyalah kegagahan perkasa dan polisi yang adil saksama baru boleh menerima sokongan padu rakyat.
• Dengan pendek, kejayaan atau kegagalan bergantung pada tindakan melakukan PEMERINTAHAN BARU bukanlah seolah-olah slogan atau tindakan tahi-tahi ayam.

No comments:

Post a Comment