Friday, July 31, 2009

Empat Cabaran Selepas Najib Menyandang PM

Empat Cabaran Selepas Najib Menyandang PM

Oleh: Xie Shi Jian( Penulis komentar, Pengetua kehormat Kolej Hanjiang)
Oliental Daily;2/04/2009

Najib seperti juga bapanya menyandang jawatan PM semasa negara menghadapi pelbagai masalah dan kritikal.
4 cabarannya ialah:
• Wawasan 2020--rakyat ingin tahu wawasan 2020 yang dianjur dan dilancarkan oleh bekas PM Tun Mahathir itu boleh ditunaikan atau tidak? atau hanya satu ilusi sahaja?najib harus memberitahu rakyat negara ini--Malaysia bila boleh mencapai wawasan atau visi ini.
• 5 Koridor ekonomiyang dilancarkan oleh PM Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi nampaknya lebih praktikal--masalahnya sekarang ialah bagaimana prestasi kelima-lima koridor ini? Najib perlu memilih wawasan 2020 atau 5 koridor ekonomi? Apakah visi atau wawasan Najib ?
• Pemulihan Mahathitisme-- ramai yang berpendapat perkara seperti politik kacau-bilau di perak, melarang penerbitan akhbar pihak pembangkang adalah bersangkut-paut dengan najib dan merupakan pemulihan Mahathitisme di malaysia sekali lagi. Dalam era Tun Razak yang mengamalkan phisiologi kesederhanaan seperti menyarankan peranan asia tenggara bersikap tidak campur dan neutral, melangsungkan Polisi Ekonomi Baru, berhubungan dengan negara Komunis dan lebih penting beliau tidak menekan parti-parti pembangkang.

Najib berkata beliau seperti bapanya menyandang kuasa ketika negara menghadapi masalah.Maka najib haruslah melaksanakan segala polisi berlandaskan demokrasi dan menurut hasrat rakyat. Bapanya Tun Razak menghormati demokrasi dan mengembali kuasa demokrasi parlimen pada tahun 1971. beliau akan mengetahui apakah hasrat dan kehendak rakyat selepas beberapa pilihan kecil yang akan diadakan pengundian nanti. Najib sudah kesuntukan masa untuk memikir apa yang harus dilaksanakan, polisinya seharus berefektif.

No comments:

Post a Comment