Friday, July 31, 2009

Malaysia Memasuki Era Najib Dan Membawa Kekuatan Baru

Malaysia Memasuki Era Najib Dan Membawa Kekuatan Baru
Oleh: Lim You Shun(Yazhou zhoukan):12/04/2009


Najib akan memimpin satu pasukan baru memerintah Malaysia dan untuk mengelakkan UMNO gagal dalam pilihanraya akan datang.

• Ramai pemimpin UMNO veteran gagal dalam pilihan UMNO, ini mungkin satu hal yang baik dan seperti Era Mahathir dulu--memaparkan satu barisan yang baru.
• Munculnya lebih ramai pemimpin baru yang muda akan memberikan ruang lebih besar kepada mereka dan mereka juga lebih gagah berani meluahkan pandangan mereka, khususnya mereka mengetahui pemikiran orang muda.
• Pilihanraya kilat mungkin diadakan atau sekurang-kurangnya akan lebih awal, iaitu sebelum 2013.
• Ada yang rasa kecewa atas pilihan UMNO, anasir UMNO yang lantang mengeluarkan kata-kata ekstrim spt Tajuddin dan Bang Mokhtar menjadi EXCO UMNO membimbangkan masyarakat Tionghua.
• Malaysia Insider yang pro Abdullah berpendapat kemenangan kedua-dua pelampau UMNO dan Noh Omar menunjukkan ada perwakilan UMNO mahu UMNO lebih lantang dan gagah dan jangan beri muka kepada masyarakat bukan Melayu dan parti-parti lain di BN(Parti Bukan-UMNO)
• Najib ingin mengadakan reform pada UMNO,spt MCA juga ingin terus memilih Presidennya tetapi MCA tiada apa pelan yang konkrit dan kemudian tinggal kenangan dan tiada apa-apa berita selanjutnya.
• Ketekadan reform yang berjadual harus nyata dan jelas, UMNO semestinya reform sepenuhnya
• Kononnya UMNO sudah ada Jadual reform, kalau betul-betuk dijalankan tegas, UMNO mungkin boleh berjaya membawa satu lebaran baru
• Ucapan Perwakilan UMNO masih berbau keestrimisan dan tak hormat masyarakat lain dan ingin memainkan isu kesultanan dan isu-isu
• Mahathir gembira atas Muhyiddin yang dihasratnya berjaya tetapi berasa marah atas keputusan kekandas puteranya dan Rais Yatim, dll.
• Mahathir pandai memainkan taktik dan sengaja munculkan diri pada hari terakhir mesyuarat dan saat-saat yang kritikal, ini membuatnya jadi wira atau hero, malah hari terakhir ini sepatutnya berterima kasih dan sanjungkan sumbangan Pak Lah tiba-tiba pula menjadi solakan dan tepukan gemuruh pengembalian tokoh tua--Mahathir. Segala efek dirangkumi Mahathir dan menjadi satu babak mengangkat-angkat Mahathir dan mengetepi langsung serta merendah-rendahkan peranan Pak Lah yang sepatutnya diberikan sanjungan tertinggi dan akhir .Kelicikan taktik memapar dalam babak ini.
• Rakyat khuatir Mahathir akan mempengaruhi fikiran dan minda Najib dan memulihkan Mahathirisme yang keras--fenomena melarang penerbitan akhbar pembangkang, menolak pemberita laman web membuat liputan Mesyuarat Tahunan UMNO menunjukkan pembuatan dan tindakan keras yang amat menjolok mata.
• Rakyat menunggu polisi baru Najib dan ingin mengetahui haluan pemerintahan baru.
• Rakyat ingin melihat dengan nyata dan ketekadan reformnya yang sebenar dan ikhlas.

No comments:

Post a Comment