Friday, July 31, 2009

Hadkan Subjek Peperiksaan SPM Akan mengurangkan Murid mengambil Subjek Bahasa Cina

Hadkan Subjek Peperiksaan SPM Akan mengurangkan Murid mengambil Subjek Bahasa Cina
Persatuan Perhubungan Guru-guru bahasa Cina SMK Selangor Memohon Kerajaan menimbang Semula


(Putrajaya,28hb Mei 2009) Persatuan Perhubungan Guru-guru bahasa Cina SMK Selangor Memohon Kerajaan menimbang Semula saranan menghadkan calon-calon SPM hanya boleh mengambil 10 subjek peperiksaan sahaja.
• Kata jurucakap persatuan itu bahwa ini membawa kesan kepada murid jurusan sains kerana mereka bukan sahaja diperlukan menduduki subjek wajib(iaitu BM, Inggeris, Sains, Moral & Matematik), mereka juga akan mengambil subjek matemetik tinggi, biologi, kimia dan fizik.
• Tambah beliau, ini tidak akan membawa kesan serius pada murid jurusan sastera kerana mereka tidak menduduki subjek sebanyak jurusan sains.
• Biasanya murid jurusan sains akan menduduki subjek Bahasa Cina, kalau dihadkan hanya 10 subjek, maka mereka akan menduduki subjek Akaun yang lebih mudah memperolehi 1A atau 2A
• Pengaruh hadkan 10 subjek akan membawa kesan atau efek kepada calon murid di Bandar kerana mereka cenderung kepada subjek yang lebih mudah membantu mereka memperolehi A
• Sekolah di luar Bandar juga lebih cenderung mengambil subjek Bahasa Cina
• Ini mungkin menyebabkan murid yang tak menduduki BC dibiar dan tak tahu nak ke mana semasa subjek BC di adakan di kelas mereka? Yang justeru membawa masalah disiplin.
• Lebih lojik dan rasional ialah dihadkan pada 12 subjek
• Kerana biasanya hanya melebihi 12 subjek baru dikenakan bayaran
• Hadkan subjek peperiksaan juga menyebabkan murid kurang peluang memaparkan kebijaksanaan dan kepintaran masing-masing
• Beliau berharap pihak kerajaan boleh menimbang semula agar murid berpeluang memaparkan kecemerlangan masing-masing

No comments:

Post a Comment