Friday, July 31, 2009

Reform Ekonomi Secara Keseluruhan Atau Totalitas

Reform Ekonomi Secara Keseluruhan Atau Totalitas Barulah jalan Keluar Yang Terbaik
oleh Yang Ming Wan(Komentar Ekonomi)Akhbar nanyang:28/04/2009

Masalah perbatasan syer Bumiputra sebenarnya hanyalah perkara yang kecil dalam sistem ekonomi nusa, dgn kata lain hanyalah sebahagian perkra sahaja; Yang lebih penting adalah reform pada bajet Kerajaan pusat, perbelanjaaan kementerian, jabatan kerajaan(termasuk perbelanjaan biasa & perkembangan).

• Yg amat perlu ialah transparen atau ketelusan dan kawalan yang rapi
• Pembatalan hak milik 30% syer Bumiputra pada 27 sub-sektor oleh PM Najib mendapat perhatian
• Ia membawa sinar harapan kpd reform ekonomi, tetapi setakat ini hanya pada tahap "harap-harap" sahaja--kerana masih kabur-kabur pada banyak lagi sektor ekonomi dan industri
• Informasi & maklumat masih kekurangan--pelabur asing masih menganggap ini hanya taktik atau sandiwara yang semata-mata memancing pelabur asing
• Masih tidak tahu haluan dan keterangan polisi yang tepat, telus, terang dan keseluruhan
• Pelabur inginkan keterangan yang telus, detail dan berjangka panjang--hanya ini boleh memikat perhatian mereka
• Pakej rangsangan dan promosi juga boleh didapati di banyak negara--malah ada lebih handal, kos lebih rendah---Malaysia belum tentu boleh memikat mereka(kurang kelebihan)
• Slogan Visi One Malaysia sudah berlangsung baik dan kalau benar-benar ingin mesra rakyat dan menaruh perhatian penuh pd reform ekonomi, maka janganlah berlengah-lengah lagi---hendaklah mengumumkan pembatalan hak milik syer Bumiputra yg sebanyak 30% di semua sektor--dgn jelas, telus, mudah difahami
• Hak milik Bumiputra 30% sebenar membazirkan tenaga kerajaan dan pegawai dlm pengawasan dan pemantauan hakmilik Bumiputra
• Pelabur dalam 7 asing masih berasa kurang yakin & kacau-bilau pd pengumuman PM--tak faham dan was-was pd industri mana yang bebas kongkongan hakmilik Bumiputra
• Mungkin ini hanya satu langkah permulaan dan mungkin akhirnya batasan hakmilik syer Bumiputra akan dihapus pada suatu hari nanti
• kerajaan harus dan amat perlu memantau bajet kerajaan pusat, kementerian, jabatan, khususnya masalah ketelusan atau transparen
• Menurut International Budget Promotion(IBP), bagjet kerajaan pusat malaysia adalah gagal dan tak lulus atau kandas--di mana transparen atau ketelusannya hanya 35%--malah Malaysia kalah pd Indonesia, Filipina, Nepal, Bangladesh!--amat mengaibkan
• Kerana tak telus atau transparen, maka rasuah berleluasa dan bermaharajalela, pembinaan leburaya sebanyak 200 km memerlukan RM700 juta kemudian terang-terang menambah lagi RM200 juta, spanar yang dijual RM32 kemudian dijual sebanyak RM224 kpd kerajaan..................segala ini memupuk korupsi dan rasuah yang ketara
• Reform yang tidak menyeluruh atau totalitas hanyalah membawa kesan minimal
Satu-satunya perjalanan keluar utk Najib ialah reform yang keseluruhan, tiada pilihan lain

No comments:

Post a Comment