Friday, July 31, 2009

Efek Najib Tidak Berkesan

Efek Najib Tidak Berkesan, Pakatan Berjaya Dalam Pilihan Kecil
Oleh Zheng Ding Xian(Komentar Sin Chew):08/04/09

Kemenangan Pakatan Rakyat di 2 pilihanraya kecil menunjukkan tsnami politik masih bergelola dan efek Najib tidak memainkan apa-apa peranan dan reaksi dari pengundi.

• Rakyat Perak tidak setuju perbuatan BN yang memerintah Perak dengan cara keras
• Mereka mahu Mohd Nizar memainkan peranan di Parlimen dan memberi galakan dan rangsangan kepadanya.
• Isu Kesultanan yang sengaja dipermainkan BN dengan memancing undi Melayu gagal sama sekali, rakyat yang benar-benar berkuasa dan mengundi
• Pengundi langsung tak percaya helah BN
• Pengundi Bukan Melayu rasa tidak puas atas helah dan permainan BN, khususnya taktik UMNO yang berbau perkauman yang kuat
• Orang bukan Melayu menyokong PAs dan imej pemimpin PAS yang semakin ramah tamah mendapat kesan baik sekali. Pemimpin Pas adalah terbuka dan ramah dan boleh dipercayai
• Pakatan Rakyat tetap mendapat hati semua rakyat
• Bagi Bukit Selambau, undi India kukuh dan undi ini tetap menyebelahi Pakatan Rakyat. Efek Tsunami tetap membara seperti bahang
• Kemenangan BN di Batang Ai menunjukkan BN masih kuat di kawasan terpencil, dan Pakatan Rakyat sukar memainkan peranan di Sarawak
• Kegagalan BN menunjukkan rakyat tak berkeyakinan pada BN dan BN masih tetap sama seperti dahulu
• Rakyat inginkan sistem politik dua haluan dan kemenangan PR memberikan peluang kepada model politik baru ini

No comments:

Post a Comment