Friday, July 31, 2009

Mengharapkan Demokrasi Yang Benar

Mengharapkan Demokrasi Yang Benar
Oleh :Tan Ming Hua(Penulis Akhbar Sin Chew):08/05/09
Sidang DUN Perak yg berlangsung pada 7 Mei, 2009 dimulai dgn kekecohan dan babak pertengkaran di dalam dan di luar Dewan Undangan Negeri.
• Penukaran pemerintah di Perak terpaksa menelan kepahitannya
• Walaupun ini satu proses perkembangan demokrasi. Rakyat memahaminya, tapi ini tak mencukupi
• Pemerintah & pembangkang harus mengetahui demokrasi bukan satu alat utk merampas kuasa
• Pelaksanaan demokrasi bukan hanya diadakan dgn cara pemilihan raya, malah ada intisari yg harus dinilai dan dihayati. Demokrasi harus diserap dlm kehidupan, termaksuk kebebasan bergerak, bertutur, berpidato dan berkumpul dan bermesyuarat
• Misalan pemerintah dipilih melalui undi rakyat dan yg dikehendaki rakyat, tapi dirampas dan ditukar kuasa krn beberapa orang katak politikus yg melompat—adakah rampasan kuasa ini demokrasi?
• Rakyat berhak membentang dan melontarkan suara dan pandangan mereka laksana apa yg dibuat dan dibikin oleh bekas PM Tun Mahathir yg berhak menghadiri seminar dan sidang dan melafazkan pandangannya berkenaan hak yg ada pada raja dlm perlembagaan dalam pelucutan kuasa menteri besar.
• Demokrasi ada indeks asas yg diiktiraf sedunia, termasuk;tiada sesiapa boleh ditangkap dan dibelenggu kerana berucap dan bercakap, sama juga tiada sesiapa akan ditangkap dalam perhimpunan yang sah.
• Malangnya, sudah setangah abad kita semua membelajari demokrasi, tapi semasa berhadapan dgn demokrasi, kita tak masak dan tak menilai diri dgn baik
• Tak masak mungkin berlaku dlm ucapan yg keterlaluan, yg kemudian mendatangkan aksi yg keterlaluan
• Tak menilai diri dgn baik, maka menyalahgunakan kuasa, akta, juga menyebabkan keunduran dan kemundura demokrasi dan perkembangan perundangan
• Maka, pemerintah dan rakyat harus lebih masak, menerima perbezaan dan bertolerensi
• Demokrasi harus bergerak ke depan, tak henti-henti. Kita tak bisa bergerak dgn mengelilingi bulatan(demokrasi palsu), atau bergerak 2 langkah kemudian undur balik selangkah—atau lebih-lebih lagi mengamalkan demokrasi palsu dan beromong, yg pura-pura mara selangkah sebenarnya sudah undur 2 langkah ke belakang
• Semua orang harap dan impikan demokrasi yg real & sebenar, harap hidup dlm negara yg tanpa kongkongan dan ugutan dan penekanan---bukan sahaja tiada penekanan dan pengugutan dlm kehidupan seharian malah juga dlm pertuturan dan ucapan
• Kita semua impikan satu hari, kita boleh memberitahu rakan di luar negara dgn lantang dan bangga bahawa: kami adalah org Malaysia, nusa ini menjadi agung megah kerana kebebasan dan kedamaiannya; Rakyat dlm nusa ini bangga kerana bebas dan adil saksama dlm nusanya
• One Malaysia, Malaysia utk semua, Malaysia utk warga Malaysia—semua adalah impian kita!

No comments:

Post a Comment