Thursday, July 30, 2009

Membentuk Visi One Malaysia Dari “Hati Ikhlas”

Buku Cadangan Singkat

Membentuk Visi One Malaysia Dari “Hati Ikhlas”

Apabila kita bercakap tentang “One Malaysia” adalah bermaksud “Malaysia yang dibentuk oleh semua rakyat Malaysia”, dan bukanlah “Malaysia yang dibentuk oleh pelbagai kaum”. Konsep ini adalah mutlak dan tidak harus mempunyai tafsiran lain dan bahagian yang tidak pasti atau “grey area”. Jikalau semua warga menganggapnya orang Malaysia, dan bukanlah orang Cina, Melayu, India dan kaum-kaum yang lain, ini tentu akan menyatu-padukan semua, menggalakkan rasa patriotik, kestiaan di antara semua rakyat dan sokongan padu kepada negara.

Selain itu, ingin mempertingkatkan sokongan orang Tionghua kepada pihak kerajaan,, kerja utama ialah menghapuskan segala kerisauan yang masih kukuh pada sanubari bangsa ini dan di samping merealisasikan permintaan mereka. Ini boleh dilaksanakan dari 5 sektor di bawah:

1. Kehidupan harian/Kemasyarakatan

Masalah:masalah harian dan sosial merupakan perkara yang diperhatian dan erat dengan rakyat jelata. Desakan inflasi, masalah keselamatan yang merosot, mutu alam sekitar yang semakin merosot mengancam dan mempengaruhi kehidupan rakyat.

Resolusi:
Mengambil tindakan yang efektif dan jangan pandai bercakap tanpa aksi yang setimpal.

i. Membanteras inflasi
ii. Menghapuskan kemiskinan
iii. Mengurangkan kadarmenganggur
iv. Membekalkan khidmat perubatan percuma dan pakej bantuan yang lebihbaik untuk keluarga miskin dan kurang keupayaan
v. Membanteras jenayah dan membaiki keadaan keselamatan
vi. Sistem pengangkutan dan lojistik yang lebih baik dan berkesan
vii. Penangkapan pekerja asing yang tanpa permit dan membanteras aktiviti yang tidak sah dan melanggar undang-undang
viii. Mempertingkatkan keberkesanan dan sikap kerja di sektor awam
ix. Membaiki mutu perlengkapan dan kemudahan awam
x. Mempertingkatkan mutu alam sekitar dan tempat tinggal rakyat, di samping giatkan aktiviti mesra alam
xi. Berikan taraf kewarganegaraan kepada bangsa Tionghua luar negara yang sudah bermastaudin di Malaysia selama 10 tahun atau ke atas, dan berkelakuan baik serta tanpa rekod jenayah.


2. Politik

Masalah:Bangsa Tionghua di Malaysia sudah sekian lama berasa risau atas kekurangan perlindungan dan kesenangan di negara ini, malah kebimbangan ini bertambah serius dalam situasi semasa yang mengalami kekurangan kestabilan politik dan ekonomi; isu perkauman dan agama yang melampau juga memburukkan keadaan ini.

Resolusi:
Berteraskan kepentingan rakyat dan mengambil langkah membantu individu, keluarga dan memakmurkan nusa.

i. Kabinet berbilang bangsa dan pasukan pengurusan elit yang kaliber
ii. Tindakan penghapusan rasuah yang keras dan tanpa kompromi
iii. Pengkajian semulapada akta-akta yang kontrovesal, seperti Akta ISA, Akta Universiti, Akta Pendidikan, Akta pencetakan, Akta media massa, dll.
iv. Kikiskan segala system kuota, bagi peluang kepada mereka yang berkebolehan dan kaliber
v. Keadilan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira warna kulit
vi. Mengiktiraf sumbangan dan taraf bangsa Tionghua di nusa ini
vii. Mendengar sahutan dari setiap lapisan rakyat, membaiki segala kekurangan dengan ikhlas dan jujur
viii. Menggalak konsep Orang Malaysia, dan tidak lagi menggelar dengan kaum atau memanggil diri adalah dari sipolan kaum
ix. Politik berlandaskan demokrasi barulah kaedah pengurusan nusa yang sejati, bukan melalui politik perkauman dan agama yang sempit
x. Tidak memansuhkan sejarah dan memesong fakta sejarah untuk kepentingan parti dan pemimpin. Sesiapa yang berbuat demikian dihadapi tindakan serius dan mutlak
xi. Parti pemerintah dan pembangkang harus bekerjasama dan saling memantau dalam urusan rakyat dan pemerintahan nusa, yang penting ialah segala tindakan harus berteras kepentingan rakyat
xii. Polisi dan garis panduan yang brsih, cekap, amanah
xiii. Tindakan serius terhadap ahli politik yang angkuh, kurang sopan, berkata lucah atau berunsur lucah dan menyebar berita angin
xiv. Mempertingkat kandungan dan kualiti perbahasan dan isu di Parlimen

3. Ekonomi

Masalah:kemelesetan ekonomi global telah membawa ancaman besar, Malaysia juga turut merasai impak atau kesannya. Penarik balik laburan asing, syarikat-syarikat menghentikan operasi dan peningkatan kadar menganggur turut memaparkan Negara ini amat memerlukan satu resolusi pemulihan yang berkesan. Kalau tidak, Negara ini mungkin akan mengalami satu pukulan yang amat membimbangkan.

Resolusi:
Menambah pendapatan dan mengurangkan kos dan pembaziran, penting dan giatkankan kelebihan yang ada

i. Melaksanakan pelan pemulihan yang berteras ekonomi Negara dantanpa mengira kaum
ii. Kurangkan kos yang tidak memadai
iii. Mengkaji semula polisi ekonomi baru
iv. Meyusun semula dan menerokai sumber-sumber negara
v. Mempelawa lebih pakar ekonomi dan kewangan mengurus dan memulihkan ekonomi negara
vi. Membantu perkembangan perusahaan kecil dan sederhana
vii. Menerokai lebih jenama setempat dan membantunya membuka pasaran antarabangsa
viii. Memberikan elaun bantuan kepada peniaga Tionghua yang mengalami masalah dan dilema
ix. Menurun kadar pijaman dan memanjangkan tempoh pembayaran balik pinjaman
x. Menarik pelabur asing dan menerokai peluang pekerjaan

4. Seni, Budaya & Agama

Masalah:Secara serius, Malaysia masih belum ada kebudayaan nasional yang unik dan sah. Apa yang ada ialah budaya bangsa Melayu, Tionghua, India, Orang asli dan budaya Barat. Pertembungan pelbagai budaya ini saling berlaku tetapi pada asalnya setiap budaya masih adalah berdikari. Agama dianggap perkara sensitive dan tidak sempat disentuh atau dibancang. Segelintir orang ingin menggalak prmikiran ekstrim atau melampau turut membambangkan rakyat.

Resolusi:
Menggalak kevariasian dan perkembangan yang sebenarnya memperkayakan khazanah seni dan budaya nusa yang unik

i. Menambah pembelanjaran pada kebudayan Tionghua
ii. Menjalankan lebih aktiviti interaksi budaya
iii. Membantu kumpulan dan pertubuhan budaya serta perseorangan yang menjalankan kerja budaya
iv. Giat melindung dan menyimpan seni dan budaya bangsa yang semakin merosot
v. Membentuk seni budaya Malaysia yang unik dan menyebarkan keunuikan ini kepada sedunia
vi. Menggalakkan setiap bangsa membelajari perbezaan agama, kebudayaan masing-masing
vii. Menghormati kepercayaan masing-masing, menerima hakikat setiap agama yang sudah ada dan jangan memaksa dan menggunakan kekerasan dalam urusan kepercayaan
viii. Meluluskan surat ikatan hak milik(Hak bebas pegangan) tokong dan kuil, dan tidak memaksa pemindahan sesuka hati

5. Pendidikan

Masalah:Perhubungan antara kerajaan dan pendidikan Tionghua sudah lama tidak dapat diberesi dengan baik dan sudah menjadi risauan bangsa. Dilema pendidkan Tionghua sudah sekian lama tidak diperhatikan dan diberikan bantuan setimpal oleh kerajaan. Ketidak-ikhlsan dan kejujuran dari kerajaan amat mengecewakan, malah niat dan aksi yang kurang mesra dan bermotif sentiasa menjadi sembilu yang menghiris hati bangsa Tionghua. Maka segala tindakan, peraturan dan garis panduan dari kerajaan akan membimbangkan masyarakat Tionghua dan menyebabkan pandangan negatif berterusan dan membawa kesan yang amat buruk.

Resolusi:
Pentingkan yang kaliber, meluaskan peluang dan ruang pendidikan untuk menyahut cabaran global

i. Mengkaji semula system kuota pada sektor pendidikan
ii. Menambah bilangan biasiswa agar lebih ramai murid Tionghua yang berkepujian dalam akademik melanjutkan pelajaran
iii. Mempelawa lebih ramai elit dan pakar pendidikan antarabangsa untuk memupuk dan mendidik lebih ramai rakyat
iv. Mengaku dan mengiktiraf silji Unified Exam Junior Middle & Senior Middle, dan kelayakan Universiti dan kolej dari RRC, Taiwan dan HongKong
v. Bersikap adil saksama pada kolej persendirian yang ditubuhkan oleh masyarakat tionghua
vi. Kelayakan untuk memasuki universiti haruslah berdasarkan keputusan(result-oriented)
vii. Meningkatkan peluang melanjut pelanjaran untuk anak-anak bangsa Tionghua
viii. Meluluskan Meluluskan surat ikatan hak milik(Hak bebas pegangan) untuk SRJ Cina dan Sekolah menengah persendirian
ix. Mengekalkan SRJ Cina dan Sekolah menengah persendirian yang ada dan meluluskan lebih pemohonan
x. SRJ Cina haruslah menggunaan bahasa Tionghua atau bahasa Cina sebagai bahasa pengantatar, kepentingan bahasa ibunda tidak harus diperkecilkan
xi. Lebih peruntukan untuk SJK Cina dan sekolah menengah persendirian
xii. Menggalak penggunaan bahasa Tionghua yang baku
xiii. Mencipta dan menayanglebih acara Tionghua atau menambahmasa penyiaran bahasa Tionghua


kesimpulan:
penerangan di atas merupakan simpulan ringkas yang berkenaan permintaan rakyat. Seandainya pihak kerajaan boleh melaksanakannya, maka rakyat akan menyokong dan menerimanya. Kaedah pelaksanaan dan cirri-ciri yang lebih detail masih memerlukan perbincangan lanjut dari pasukan.

No comments:

Post a Comment